Sunday, March 18, 2012

Siap jugak akhirnya......

Assalamualaikum semua.....

Petang ni tak masukkan tentang masak memasak lagi... masih melayan mood yang tak bersemangat....
Esok dah mula sesi persekolahan.... petang ni rumah akak kembali sunyi.... lebih kurang seminggu bersama-sama semua anak-anak, petang ni kembali bertiga... memang terasa sunyi.... namun apakan daya.....
Petang tadi cuba jugak siapkan gelang kristal yang dah lama terperuk kat dalam beg akak, bukannya tempahan baru, tapi kawan akak minta panjangkan...asalnya dulu akak jugak yang buatkan.... gelang swaroski ni aktiviti akak masa di Kuantan dulu...bila di Kajang agak suram sebab susah nak beli batu, terpaksa ke KL, akak ni nak drive sendiri ke KL tak lepaslah pulak.... masa di Kuantan senang, masa di Kuantan baru2 ni sempat jugak akak ke kedai batu swaroski ni dan alhamdulillah pekerjanya masih kenal dengan akak....

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...